25 May 2009
Ya Allah, berikanku ketenangan....
ketenangan
adakah daku berasa tenang?
bagaimana inginku berasa tenang
apa itu ketenangan?
selesa? lega?
bebas dari tekanan perasaan?
adakah ini ketenangan?
iya, inilah ketenangan
tetapi
mengapa daku masih lagi tidak tenang?
daku masih lagi tidak bebas?
perasaanku masih lagi gelisah
Ya Allah
mana mungkin daku merasa takut
sedangkan Engkau Harapanku.
mana mungkin daku teraniaya
sedangkan kepada-Mu daku beserah diri
Ya Allah
masih lagi tidakku mengerti
apakah hikmah disebalik ujian
yang Engkau turunkan ini
Ya Allah
sembuhkanlah daku
cukupilah daku
dan menangkanlah daku
dari siapa saja yang ingin menganiayaku
Ya Allah
Ya Rabbi
Ya Salam
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Tuhanku
berikanlah daku ketenangan dan keyakinan
untuk hamba-Mu menghadapi dunia
dunia yang penuh dugaan
dan tipu daya ini
Sesungguhnya
dakulah hamba-Mu
yang lemah lagi hina ini
Ya Allah
Qursi-Mu
pelindungku
Al-Quran
peganganku
Ya Allah
berikanlah daku kekuatan
untuk menghadapi ujian-Mu ini
ujian yang masih lagi tidak
terdaya daku pikul ke sana ke mari
ku cuba mencari jawapan
di masjid-Mu
dalam solatku
malah dengan tuan guruku
tetapi
masih lagi diriku tidak tenang
daku hilang raisonalku
daku hilang kawalan amarahku
daku masih lagi runsing
daku hilang nyenyakku
daku hilang ceriaku
daku hilang positifku
Ya Tuhan
daku merindui semua itu
adakah ini yang Engkau cuba
tarik dari diriku
daku terima seadanya
sesungguhnya Engkau
telah mengejutku
dari lalai dan kealpaan
arah pencarianku hanya satu
mencari kebahagiaan
dan ketenangan yang hakiki
apakan daya
daku hanya umpama terantai kaki di bumi
dan tergari tangan di langit
Ya Allah
adakah ini cara-Mu mendidikku
berikanlah daku petunjuk
petunjuk untuk diriku
yang boleh daku membawa diri
menuju ke alam mati
Cukuplah Allah sebagai penolong kami,
dan Allah adalah sebaik-baik pelindung
Al-Imran 3:173
21 May 2009
Syeikh Mohamed Abdel Aziz Mahmoud Al Ghonim
*p/s: akan di kemaskini isi-isi penting ceramah yang sampaikan oleh Tuan Syeikh Aziz
20 May 2009
CERAMAH TOKOH ULAMA' MESIR DI MASJID UMP
Untuk makluman warga UMP, Pusat Islam & Pembangunan Insan akan menganjurkan satu sesi ceramah yang akan disampaikan seorang tokoh Ulama' dari Negara Mesir seperti ketetapan berikut:-
Penceramah : Syeikh Mohamed Abdel Aziz Mahmoud Al Ghonim
Tarikh : 20 Mei 2009 bersamaan 25 Jamadil Awal 1430H
Tempat : Masjid UMP
Masa : Selepas Solat Zohor
Marilah bersama-sama kita memeriahkan rumah Allah dan mendengar mutiara ilmu yang akan disampaikan nanti.
Semoga kita mendapat rahmat dan keredhaan Allah.
Sekian, Wallahu A'lam
Pixar drifts Tokyo
Remember Pixar's Cars? Good film, that. And not just because it featured the handsome, gravelly voice of Lieutenant Clarkson himself.
Well, Pixar's now working on Cars 2, set to hit the silver screen in 2011. But to tide us over until then, the cuddly Disney CGI-merchants have created an animated short starring Mater, Lightning McQueen and, er, the other ones. No Clarkson vocals, sadly, but it's bloody brilliant nonetheless.
Essentially it's a magnificent parody of The Fast and the Furious: Tokyo Drift, featuring heaps of modified Japanese metal and spoilers the size of, well, we won't spoil it for you, but take a look. It's brilliant.
Whether you're six or 60, it's well worth taking six minutes and 35 seconds out of your day to watch. Honest - even sensible, sedate grown-ups are allowed to watch this one. At least two or three of you out there must fit that description?
19 May 2009
le mois avril & mai auszug
diri je yang tidak bernasib baik sejak dari zaman persekolahan.
tapi, selama cinq annee tu ade saja nasib je bernasib baik, tetapi
nasib yang kurang baik itu lebih dari nasib yang baik. Allahurabbi.
selama cinq annee tu, je berusaha untuk berubah ke arah yang lebih
baik dan menjadi insan yang terbaik. usaha je hampir tercapai
sedikit demi sedikit. memang agak susah untuk berubah dengan
paksaan. tetapi, apabila dilakukan sedikit demi sedikit, usaha itu
akan berjaya sedikit demi sedikit.
hendak dijadikan cerita,usaha je tu sia-sia saja dalam cinq annee
pada le mois avril & mai. sudah kehendak Allah s.w.t., dengan
pentunjuk yang diberikan melalui doa dan harapan yang tidak
putus-putus, je redha atas segala apa yang terjadi.
je akan cuba yang terbaik dalam kehidupan yang sungguh
duka-suka-duka dan rintangan. manusia tidak akan puas apa yang
mereka perolehi. je akan cuba bersyukur atas apa yang berlaku
dalam avril dan mai. le mois avril dan mai annee '09 menjadi
pengajaran kepada je untuk lebih berdaya saing dalam pertempuran
kehidupan untuk mencapai segala hasrat yang diimpikan.
je mengharapkan freund untuk menjadi amtsbruder yang dapat
membantu je dalam kehidupan yang agak fana ini. danje schone !
kepada semua. kepada exfreundin, begluckwunschung kepada du
kerana telah menjumpai auserkorene yang sesuai dengan du.
Alhamdulillah, er adalah antara yang terbaik dikalangan yang
terbaik. doakan je untuk mejadi yang terbaik dan mendapat tempat
dikalangan yang terbaik seperti ihm.
je bedauere kepada exfreundin kerana atas kesilapan yang telah
banyak je lakukan. je sentiasa buat exfreundin enttauschte. je sudah
lakukan yang terbaik, tetapi, yang terbaik tersebut masih lagi
tidak seperti auserkorene exfreundin yang baharu. je ucapkan
danje schone kerana telah banyak menolong kehidupan je dan
menjadi eingebung kepada je selama ini.
Allahurabbi.
DANJE SCHONE.
18 May 2009
fikirlah
rasai
jangan jatuhkan
payunglah
ku kebasahan
ku kelemasan
dasar indah yang hitam
fikirlah
aku di sini
menanti kepastian
ku ingin bersama
bersama dengan-Mu
dan akan ku tunggu
semuanya itu
berilah aku satu bintang
cahaya buat diri ku
pengorbanan tak ternilai
untuk diriku
di hari esok
fikirlah
ku di sini
menanti kepastian
ku ingin bersama
selalu dengan-Mu
dan akan ku tunggu
semuanya itu
berilah aku satu bintang
cahaya buat diri ku
pedoman yang tidak ternilai
untuk hari esok
fikirlah
ku di sini
menanti kepastian
rasa hati
ku berlari
sampai aku
tak nikmati dunia
17 May 2009
Malaysia Ke-4, Hoki Piala Asia 2009
Perlawanan antara Malaysia dan China penuh dramatik utnuk merebut tempat ke-3 pada Kejohanan Hoki Piala Asia 2009 yang berlangsung di Kuantan,Pahang. Sama seperti perlawanan bertemu Pakistan pada separuh akhir,Malaysia membuat hatrik menjaringan gol pendahuluan pada minit pertama yang dijaringkan oleh Ismail Abu.
Tidak lama kemudian china menyamakan kedudukan dengan jaringan gol oleh Sang Yi pada minit 19. Pasukan Malaysia menjarakkan kedudukan 2-1 dengan jaringan Chua Boon Huat pada minit 32 sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua,China menjaringkan gol pada minit 46 oleh Jiang Xishang.Malaysia terus mencuba nasib dengan membalas serangan dan berjaya menjarakkan kedudukan 3-2 dengan gol dijaringkan oleh Mohamad Nor Nabil Fiqri pada minit 64.Nasib tidak menyebelahi Malaysia,China menjaringkan gol pada 2 minit kemudian.Babak 2 berakhir dengan kedudukan terikat 3-3.
Masa tambahan pertama dengan keadaan kedua-dua pasukan menyusun strategi untuk menjaringkan gol.Keadaan makin tertekan kerana kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada masa tambahan pertama dan kedua.
Akhirnya penalti menentukan segalanya. Malaysia tewas di babak penalti dengan kekalahan 6-7. Syabas pada pasukan Malaysia.Mereka telah menunjukkan semangat berpasukan dan menunjukkan mereka bukanlah pasukan yang boleh ditumpaskan dengan mudah.
Juara Kejohanan Hoki Piala Asia 2009 dimenangi oleh Korea dengan kemenangan 1 berbalas 0 yang dijaringkan oleh Kim Byung-Hoon pada minit 66. Penyampaian dismpaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Presiden Persatuan Hoki Malaysia).
